18 Jun 2013

Memperkasakan Masjid- Pusat 1UMMAH (1UC)-2

  • Secara umum masjid dewasa ini menjadi pusat peribadatan khusus umat Islam seperti solat dan pengajian agama.. Peranan ini boleh ditingkatkan lagi tanpa mengubah sedikit pun fungsi masjid yang sedia ada. Pusat IUmmah, 1Ummah Centre (1UC) adalah pusat untuk umat Islam mendapat inspirasi dan motivasi menjalankan aktiviti kehidupan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Masjid perlu menjadi tempat yang mesra umat dan menjadi penjana kepada pembangunan rohani, mental dan fizikal umat setempat. Inilah matlamat G1Ummah di dalam memperkasakan fungsi dan aktiviti masjid seluruh dunia.
    Secara umumnya masjid boleh menjadi pencetus idea dan pemangkin untuk umat islam memperkasakan hubungan dengan ALLAH ( HABLUMMINALLAH) dan hubungan sesama manusia ( HABLUMMINANNAS). 1UC akan menjadi pusat utk memperkasakan:

    1. Akidah
    2. Ibadah      
    3. Ukhwah
    4. Tarbiah
    5. Dakwah
    6. Tijarah ( Ekonomi)
    7. Kesenian & Kebudayaan
    8. Riadah
    9. Siasah (Politik)
    10. Perhubungan Antarabangsa.

    Semua idea ini boleh disesuaikan dengan keadaan tempat dan suasana persekitaran semasa.
    Sebagai contoh untukmemperkasakan ekonomi umat islam, persekitaran masjid perlu ada hub ekonomi Islamik. Untuk memperkasakan kesenian dan kebudayaan, perlu ada pentas terbuka @ dewan komuniti utk aktiviti hiburan spt nasyid, perkahwinan beramai2, jamuan rakyat, maulid perdana, khatan perdana dsbnya. Untuk beriadah perlu ada padang sukan kawat dan trek utk berjogging, senamrobik, futsal, paintball, sukan air, memanah, berkuda dsbnya. Inilah yg ada di dalam perancangan GIU. Utk memudahkan umat Islam memahami idea dan inspirasi ini, G1U sertakan di sini satu contoh lakaran rajah buih PUSAT G1UMMAH (1UC)  yg kami cadangkan.

Memperkasakan Masjid-Pusat 1UMMAH (1UC)-1

Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah dalam usia 50-an untuk memulakan era baru zaman kegemilangan ummah. Perkara pertama yang Rasul lakukan di Yathrib (Madinah) adalah MENDIRIKAN MARKAS OPERASI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT iaitu masjid. Dua masjid terawal yang dibina oleh Rasul dan masyarakat Islam adalah Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Pembinaan Masjid Nabawi adalah simbolik kepada penyatuan semua umat Islam di dalam menuju kejayaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Daripada masjidlah semua aktiviti MEMPERKASAKAN UMMAH dirancang dan dilaksanakan oleh Rasul dan 'think tank' baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Salman Al Farisi, Abdul Rahman bin Auf dan sahabat terdekat nabi. 

Bermula di masjid juga kaedah pendidikan dan tarbiah ummah dirancang dan dilaksanakan. Semua aktiviti dalam kehidupan ummah pada waktu itu bermula dengan subuh berjemaah di masjid dan barulah mengorak langkah melaksanakan tugas dan tanggung jawab mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.

Mengambil semangat daripada sunnah nabi Muhammad S.A.W ini, G1UMMAH sangat yakin bahawa semua rancangan untuk kejayaan ummah hari ini MESTI bermula dan bertitik tolak daripada MASJID. Sebarang perancangan dan pembangunan untuk memajukan ummah yg tidak mengambil kira faktor MEMPERKASAKAN FUNGSI DAN PERANAN MASJID, pasti tidak akan membuahkan kejayaan yang besar.

G1UMMAH bersedia mengumpulkan sebarang idea, cadangan dan gerak kerja yg boleh dilakukan utk memperkasakan masjid sebagai PUSAT SATU UMMAH @ 1UC.
Sebagai pencetus idea, G1U mencadangkan supaya semua masjid di seluruh dunia menjadi pusat maklumat terkini bagi umat Islam lokal dan global.

Untuk tujuan itu, proses meng-IT kan masjid perlu digerakkan dengan segera. Bagaimana masjid boleh menjadi pencetus kepada memperkasakan akidah, ibadah, ukhwah, pendidikan, dakwah, ekonomi, kebudayaan islam, riadah dll bolehlah kita fikirkan bersama. Wallahu'alam