18 Jun 2013

Memperkasakan Masjid-Pusat 1UMMAH (1UC)-1

Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah dalam usia 50-an untuk memulakan era baru zaman kegemilangan ummah. Perkara pertama yang Rasul lakukan di Yathrib (Madinah) adalah MENDIRIKAN MARKAS OPERASI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT iaitu masjid. Dua masjid terawal yang dibina oleh Rasul dan masyarakat Islam adalah Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Pembinaan Masjid Nabawi adalah simbolik kepada penyatuan semua umat Islam di dalam menuju kejayaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Daripada masjidlah semua aktiviti MEMPERKASAKAN UMMAH dirancang dan dilaksanakan oleh Rasul dan 'think tank' baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Salman Al Farisi, Abdul Rahman bin Auf dan sahabat terdekat nabi. 

Bermula di masjid juga kaedah pendidikan dan tarbiah ummah dirancang dan dilaksanakan. Semua aktiviti dalam kehidupan ummah pada waktu itu bermula dengan subuh berjemaah di masjid dan barulah mengorak langkah melaksanakan tugas dan tanggung jawab mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.

Mengambil semangat daripada sunnah nabi Muhammad S.A.W ini, G1UMMAH sangat yakin bahawa semua rancangan untuk kejayaan ummah hari ini MESTI bermula dan bertitik tolak daripada MASJID. Sebarang perancangan dan pembangunan untuk memajukan ummah yg tidak mengambil kira faktor MEMPERKASAKAN FUNGSI DAN PERANAN MASJID, pasti tidak akan membuahkan kejayaan yang besar.

G1UMMAH bersedia mengumpulkan sebarang idea, cadangan dan gerak kerja yg boleh dilakukan utk memperkasakan masjid sebagai PUSAT SATU UMMAH @ 1UC.
Sebagai pencetus idea, G1U mencadangkan supaya semua masjid di seluruh dunia menjadi pusat maklumat terkini bagi umat Islam lokal dan global.

Untuk tujuan itu, proses meng-IT kan masjid perlu digerakkan dengan segera. Bagaimana masjid boleh menjadi pencetus kepada memperkasakan akidah, ibadah, ukhwah, pendidikan, dakwah, ekonomi, kebudayaan islam, riadah dll bolehlah kita fikirkan bersama. Wallahu'alam






0 comments:

Catat Ulasan