8 Oktober 2013

PEMUDA DAN JIHAD EKONOMI

Salam. Umat Islam termasuk para ustaz ramai yg terlepas pandang sirah nabi Muhammad s.a.w. sebaik sahaja baginda bernikah dgn Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Tidak ramai para sejarawan yg menulis pembabitan rasul yg serius dan komited menyambung tugas baginda sebagai pengurus besar kpd perniagaan import & export isteri baginda. Jika sebelum ini baginda hanya menyempurnakan satu misi perniagaan ke Syam (Syria) dgn jayanya, namun selepas berkahwin baginda menjadi tonggak dan teraju utama di dlm bisnes Khadijah ke Syam dan Yaman wktu itu. 15 tahun lamanya (umur 25 hingga 40 tahun) nabi berkecimpung di dalam bisnes, namun malangnya sunnah2 nabi di dalam bisnes ini tidak ramai yg mahu menggalinya, apatah lagi mencontohinya.

Bersyukur kpd Allah kerana sejak akhir2 ini sunah nabi di dalam berekonomi sudah mula terserlah dgn izin Allah. Kita akan mencungkilnya sedikit demi sedikit utk mendapatkan rahsia dan permata drpd sunnah ini yg disimpulkan oleh nabi kita di dalam hadis berikut;

أَطْيَبُ الْكَسْبِ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ“

Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad, Al-Bazzar, Ath-Thabrani dan selainnya, dari Ibnu ‘Umar, Rafi’ bin Khudaij, Abu Burdah bin Niyar dan selainnya).

Di dalam siri seterusnya kita akan  menyentuh beberapa panduan di dalam bisnes dan yg paling penting bagaimana roh dan semangat bisnes ini dapat kita terapkan di dalam jiwa anak muda sekarang ke arah berdikari di dalam mencari rezeki yg halal dan berkat di dunia ini. Wallahu a’lam. 
Kredit utk Dakwah4Ummah.




0 comments:

Catat Ulasan