1 Oktober 2013

Memperkasakan Masjid- Pusat 1UMMAH (1UC)-3

Roh Pembinaan Masjid

Masjid pertama yg dibina oleh nabi Muhammad s.a.w. adalah masjid Quba. Selain tujuan dan fungsi masjid ini terbina, cara dan semangat pembinaan masjid juga mesti kita ambil kira utk memastikan ianya mengikut sunnah rasul. Antara peranan masjid adalah pusat penyatuan ummah. Penyatuan ini dapat kita saksikan sekarang ini semangatnya pada hari Jumaat dan pada ke dua dua hari raya. Semangat inilah yg sepatutnya ada di dalam setiap aktiviti umat Islam yang berpusat di masjid.

Mengapakah masjid selalu sepi? Mengapakah masyarakat setempat kurang ingin mengambil tahu perkembangan dan aktiviti yang berlaku di masjid kariah masing-masing? Antara faktor yang penting adalah tiadanya apa yang dikatakan "sense of belonging" di dalam jiwa umat Islam terhadap masjid. Bagi umat Islam, masjid adalah milik pentadbir masjid dan tiada kaitan dgn mereka. Ianya hanya diperlukan utk solat, kuliah agama dan tak lupa membuang air besar dan air kecil sahaja.

Sikap tidak prihatin ini terpupuk sejak awal pembinaan masjid lagi. Kebanyakkan masjid di Malaysia bukan dibina oleh masyarakat setempat tetapi kontraktor yang dilantik oleh kerajaan. Sebelum kedatangan buruh Indonesia, masjid turut dibina oleh pekerja cina dan india yang bukan Islam. Ini sangat berbeza dengan pembinaan masjid Rasulullah dimana semua golongan umat Islam memainkan peranan masing-masing di dalam pembinaan pusat ummah ini. Ringkasnya masyarakat Islam setempat bergotong royong membangunkan bersama masjid zaman itu. Mereka bersama-sama mengangkat batu dan bahan binaan lain utk menyempurnakan pembinaan rumah Allah ini. Kaum wanita pula menyediakan makanan dan minuman utk semua yang terlibat. Hartawan mengeluarkan biaya pembinaan dan lain-lain keperluan. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri turut turun tangan mengangkat batu dan sama-sama berpeluh untuk menyempurnakan pembinaan masjid ini. Sambil berkerja mereka turut bernasyid dan bersyair untuk membangunkan semangat masing-masing. Semua ini dicatat dengan sempurna dan terperinci di dalam sirah perjuangan nabi Muhammad s.a.w.

Moral of the story adalah,  untuk melahirkan sikap "sense of belonging" terhadap masjid, umat islam mesti terbabit sama secara langsung di dalam pembinaan masjid di tempat mereka. Untuk menyiapkan 100% masjid ini menggunakan tenaga umat islam setempat agak mustahil dengan melihat kepada realiti sekarang. Jadi G1U mencadangkan bebarapa perkara yang boleh kitra lakukan untuk mendapatkan roh dan semangat daripada pembinaan masjid ini.

1. Tradisi meletak batu asas perasmian pembinaan masjid oleh seorang pemimpin sahaja mesti diberi nilai tambah kepada semua wakil masyarakat setempat sama-sama meletakkan batu bata sebagai simbolik kepada bergotong royong di dalam pembinaannya.

2. Semua masyarakat setempat mesti bergilir-gilir datang membantu setiap hari apa yang patut di dalam proses pembinaan masjid mengikut kelebihan dan bidang masing-masing. Paling tidak membancuh air dan menyediakan roti minum petang.

3. Remaja dan belia mesti dibabitkan sama di dalam program membina masjid ini dan ini boleh diselaraskan oleh ngo dan badan-badan dakwah setempat.

4. SEMUA badan dakwah dan ngo Islam mesti diberikan tempat dan bilik gerakan untuk merancang dan menyusun semua aktiviti dakwah setempat. di setiap masjid yang dibina. SATUKAN MEREKA DI BAWAH SATU BUMBUNG. INI BELUM BERLAKU SEKARANG INI. MASJID TERLALU EKSKLUSIF UNTUK PENTADBIR MASJID SAHAJA.



5. Para pemimpin setempat seperti ketua kampung, pengerusi jkk, wakil rakyat dun dan parlimen mesti turun padang memantau perlaksanaan semua cadangan di atas untuk menunjukkan mereka prihatin kepada langkah-langkah cadangan yang kita lontarkan ini.

Ini adalah antara idea dan cadangan yang dapat G1U fikirkan sebagai pencetus dan penjana solusi. Sebarang idea lain sangat-sangat diharapkan daripada masyarakat Islam. Kita berharap dengan usaha ini akan lahirlah masyarakat yang lebih prihatin di dalam mengimmarahkan dan memakmurkan pusat satu ummah ini. Apa yang penting, marilah bersama-sama berfikir kearah KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Firman ALLAH; 
"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah patut kamu bersembahyang di dalamnya..." (Surah At-Taubah ayat 108).

Masjid Quba abad ini.