13 November 2014

Perkasa Dakwah

Basmalah.

Semua jemaah Islam di Malaysia yg punya ahli dan sokongan masyarakat Islam disarankan membuat usaha sinergi dgn semua masjid2 di seluruh negara utk membangunkan umat Islam setempat.

Kepakaran dan pengalaman jemaah Islamiah boleh dikongsi bersama pihak pentadbiran masjid utk memajukan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam.

Tak perlu mencampuri urusan pentadbiran masjid, usaha wujudkan sinergi pintar sepanjang tahun, bukan satu kali setahun.

Masjid2 juga disarankan memberi ruang kpd ngo2 Islam ini membuka bilik gerakan di premis masing2 supaya segala perancangan dan aktiviti boleh bermula drpd masjid.

Antara jemaah Islam dan NGO Islam yg disarankan menyahut saranan ini adalah ISMA, Perkim, Jemaah Tabligh dan jemaah dakwah yang mesra kerajaan dan bebas drpd politik sempit kepartian. YADIM sebagai badan induk dakwah di Malaysia boleh bertindak sebagai pihak penyelarasan.

Jika semua pihak dapat bekerjasama, in sya Allah akitiviti dakwah di setiap kawasan dapat dirancakkan dan dimeriahkan sebagai usaha memeriahkan kembali rumah Allah.

Wallahua'lam.