8 Jun 2015

PENYATUAN BANGSA MELAYU (3)

3. Bersatu Mempamerkan Akhlak Mulia.

Bersama-sama berusaha memiliki akhlak yang baik. Mencontoh akhlak Rasulullah SAW dalam segala hal, seperti cara makan, pakaian, sifat sabarnya, ikhlasnya, tawadhuknya, zuhudnya, dermawannya, pemaafnya, bicaranya, bergaulnya, kebersihannya, ibadahnya dan lain-lain yang menjadi sunnah hidupnya.

Di samping itu hendaklah kita bersama-sama berusaha membuang semua akhlak yang buruk dan keji seperti sombong, bakhil, penakut, cinta dunia, pemarah, hasad dengki, keluh-kesah dan mazmumah lain yang bersarang dalam hati manusia.

4. Bersatu dalam Perkara-perkara Khilafiah (Cabang dan ranting dalam agama)

Bersikap terbuka, lapang dada dan tenggang rasa dalam masalah khilafiah. Hendaklah kita pahami bahwa Islam memperbolehkan dan membenarkan adanya perbezaan pendapat dalam masalah furu'iyah tanpa mengganggu atau merusak persoalan asas (pokok) Islam itu sendiri. Nabi SAW pernah bersabda:
Maksudnya: "Perbezaan pendapat di antara umatku adalah mendatangkan rahmat. " (Riwayat A1 Baihaqi)

Dalam hadis yang lain dari Ibnu Abbas berbunyi:
Maksudnya: "Perbezaan di antara sahabatku bagi kamu adalah suatu rahmat. " (Ehya').

Kerana itu sikap kita terhadap hal-hal khilafiah hendaklah sama-sama kita terima dan jangan dijadikan isu sensitif dan menjadi sebab persengketaan.

0 comments:

Catat Ulasan