2 Ogos 2015

Hadapi dan Tangani Dap Sebagai Sebuah Parti Politik.

Siapa dan apa parti Dap bukan menjadi matlamat penulisan ini. Hampir semua pejuang bangsa Melayu dan agama Islam sudah maklum cara dan modus operandi pemimpin Dap bekerja bagi meraih sokongan undi terutamanya pengundi bangsa cina dan india. Kelicikan mereka memanipulasi keadaan dan kelemahan parti kawan juga lawan bukan menjadi rahsia lagi bagi mereka yang mengikuti perjalanan politik tanah air. Berpecahnya parti PAS sehingga lahirnya serpihan GHB adalah satu contoh kerakusan dap didalam menerajui percaturan menguasai barisan pembangkang di Malaysia.

Apa yang ingin saya lontarkan adalah bagaimana kita sebagai pejuang agama menghadapi sepak terajang dan strategi politik dap ini. FOKUS utama kita sewajarnya ditumpukan kepada menewaskan SEMUA calun mereka dalam SEMUA kawasan yang mereka tandingi. Inilah cara menewaskan mereka yang paling berkesan. Tutup suara dan keangkuhan mereka dengan kekalahan yang memalukan.

Sebarang usaha selain daripada ini adalah kurang berkesan dan membazirkan masa, tenaga juga wang ringgit. Mendedahkan sikap mereka yang anti agama dan juga memusuhi orang Melayu sekadar melahirkan sentimen kebencian melampau terhadap mereka dan kaum cina yang disimpulkan sebagai pendokong tegar dap ini. Perasaan marah dan benci ini akan terus menjadi-jadi apabila dap dengan penuh bergaya memenangi kerusi yang mereka tandingi di dalam setiap pilihanraya. Melihat kepada trend terkini, adalah dijangkakan dap akan terus memenangi undi kaum cina dan hampir pasti menambah bilangan kerusi melainkan satu tindakan drastik diambil oleh parti pesaing mereka.

Di manakah peranan kita sebagai pejuang agama di dalam mengekang pengaruh dap ini?
Jawapannya adalah dengan membuat kajian juga perancangan terperinci di semua dun dan parlimen yang dikuasai dap, memikirkan idea yang realistik juga rasional apa yang perlu dilakukan oleh calun parti pesaing dap untuk menewaskan mereka dan akhirnya sama-sama turun padang berdakwah dan berkempen keindahan Islam kepada pengundi cina juga india yang majoritinya penyokong setia dap.

Kesimpulannya adalah, tewaskan dap di gelanggang politik untuk menutup mulut celupar dan sikap kurang ajar mereka terhadap agama Islam dan bangsa Melayu sebelum ini. Pendedahan dan menuduh mereka mempunyai konspirasi juga bersengkokol dengan kristian evangalis tidak akan memberi bekas kepada sokongan masyarakat cina kepada dap. Bantu dan usahakanlah pengislaman bangsa cina ini secara besar-besaran dan berterusan, justeru mereka yang sudah Islam lebih dekat dan mesra dengan orang Melayu sebagaimana yang terbukti sebelum ini.

Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan