5 Ogos 2015

Persiapan Menghadapi PRU14

Antara perkara utama yang parti politik orang Melayu seperti Pas dan Umno mesti buat sekarang adalah merancang strategi berkesan dan berusaha dengan serius mendaftarkan pengundi Melayu yang belum mendaftar di seluruh negara.

Statistik terakhir yang saya tahu adalah seramai 3 juta mereka yang layak mengundi belum mendaftar dan majoritinya adalah Melayu.

Kemaskini senarai pengundi sedia ada juga kena dilakukan terutama yang membabitkan ahli parti masing-masing.

Tugas membantu mendaftarkan pengundi baru terutama golongan belia dan pemuda ini sewajarnya digalas oleh sayap pemuda dan puteri dalam Pas dan Umno.

Mereka boleh bekerja sama dengan suruhanjaya pilihan raya untuk membuka kaunter pendaftaran pengundi baru di stadium bola sepak seluruh negara, di masjid-masjid besar tumpuan solat Jumaat seluruh negara, pasaraya besar seperti Mydin, Tesco dll, di pasar tani, pasar malam, uptown dan kesimpulannya di tempat di mana orang Melayu ramai berkumpul.

Dengan usaha yang serius dan ikhlas, in sya Allah jumlah pengundi Melayu akan bertambah dan ini sangat penting di dalam menentukan kuasa politik mereka justeru di dalam demokrasi berparlimen seperti di negara kita, majoriti adalah KUASA.

G1Ummah berharap kedua-dua parti Pas dan Umno memandang serius saranan ini demi kelangsungan kuasa dan ketuanan Islam di bumi yang berdaulat ini.

Salam kemerdekaan 2015.

0 comments:

Catat Ulasan