24 Mei 2016

Dakwah Millenium

Catatan lama.

Membuka "booth" pameran tentang keindahan Islam dan mengedarkan risalah yg kreatif tentang Islam di tempat2 seperti ini boleh dikategorikan sebagai dakwah millenium pada pandangan saya.
 
Penubuhan khidmat nasihat dalam talian seperti "befrienders" khusus untuk remaja dan belia Islam juga mesti disegerakan.

99% pendakwah di Malaysia berdakwah kepada mereka yang sudah baik atau sedang berusaha menjadi orang baik.
Sasaran utama dakwah masih terus hidup dalam kejahilan dan kefasikan mereka di luar sana.

Susah nak lihat sekarang ini "hero2" dan "pejuang2" agama yang mencemar duli, turun padang bergelumang sendiri dgn remaja dan belia kita yg semakin hanyut dan rosak.
Mungkin mereka patut lihat sendiri kegilaan anak muda Melayu dalam konsert2 "underground" yg banyak bercambah skrg ini.

Ramai kita lebih selesa berjihad di dalam internet dan premis berhawa dingin, termasuklah yg sedang menaip ini.

Apa2 pun saya sudah menasihati.

P/s: Saya pernah masuk ke tempat dangdut di Ipoh dalam missi dakwah masa muda dulu. Mereka anto "bouncer" layan kami yg berjubah dan berserban. Saya order coke dan kacang jer, borak2 kosong dan belah.
Ambil "feel" dakwah As Syahid Hassan Al Banna di kelab malam.

Foto hiasan; di Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan