24 Mei 2016

Memperkasa Ekonomi Ummah



Sembang Ekonomi Islam

Jika tanya saya teori ekonomi Islam yang realistik untuk umat Islam di negara kita sekarang ini, senang sahaja tidak berbelit-belit. Tak payah dapat PhD untuk faham.

Umat Islam hanya perlu usahakan setiap sen wang yang kita belanjakan berpunca daripada pendapatan yang halal itu berputar dan sentiasa berpusing di dalam kitaran kita sahaja 100%.

Ringkasnya setiap kali anda berbelanja, serahkan wang anda kepada saudara kita yang ada berniaga keperluan anda itu. Mereka yg berniaga juga pastikan dapat bekalan daripada saudara seIslam juga. Akhirnya duit yang anda belanjakan di peringkat pertama tadi akan masuk ke bank umat Islam dan dilaburkan kepada projek dan ekuiti yang diusahakan oleh umat Islam juga.
Kitaran ini berlaku sehingga hari kiamat. Simple dan logikkan? Pembeli, penjual, pengedar, pembekal dan pelabur ORANG ISLAM.

Teori dan kaedah di atas yg idealnya. Dalam perlaksanaan mungkin ada ubahsuai. Namun cara ini telah membantu bangsa yahudi dan cina membina empayar ekonomi mereka selama ini. Mereka sentiasa pastikan wang mereka masuk ke dalam poket bangsa sendiri. Full stop.

Umat Islam kena ada sifat cemburu, bersaing dan FANATIK (CHAUVINIST, KIASU) kerana AGAMA, bukan kerana BANGSA di dalam memperkasakan ekonomi. Baru boleh berjaya. 💪


0 comments:

Catat Ulasan