24 Mei 2016

Tauhid Millenium (3)

Rajin membaca dan mengkaji, kemudian belajar berfikir dengan rasional dan realistik, akan membantu kita lebih memahami hakikat kehidupan dunia yg sedang kita lalui ini.

Mengkaji rahsia alam semesta yang sedikit demi sedikit makin terungkai dengan penciptaan teknologi penerokaan angkasa lepas, akan menambah keimanan dan kekaguman kita kpd ALLAH yg mencipta semua ini.

Semakin ramai saintis yg memeluk Islam hasil kajian mereka yg jujur dan telus. Mereka kenal ALLAH melalui sains & teknologi.
ALLAH YG MENCIPTA ADAM, ALLAH YG DISEMBAH OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W & DIA JUGALAH ALLAH YG SAMA MENTADBIR SELURUH ALAM SEMESTA SKRG INI. ALLAH INI JUGALAH YG AKAN MEMERINTAH DI HARI KIAMAT KELAK.

Hairan dan pelik mengapa orang Islam semakin ramai yang tidak yakin dgn agama sendiri. Mungkin kita banyak.membaca dan menghabiskan masa dgn cerita hiburan, kisah cinta sengal, kisah tahyul dan resepi masakan.
Kita jarang mendongak ke atas melihat langit.

فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Surah ar Rahman ayat 37.


0 comments:

Catat Ulasan