23 Oktober 2017

Tauhid Millenium (2)

Di dalam air mani bapa, daripada kurang lebih 100 JUTA sperma yang dihasilkan di testis, cuma SATU SAHAJA yang berjaya mempersenyawakan satu ovum di hujung tiub fallopio rahim ibu.
Satu perjalanan jauh dan mencabar yang kita sudah tempuh, menewaskan berpuluh juta saingan untuk lahir ke dunia ini.

Manusia bermula daripada satu sperma dan ovum yang tidak kelihatan di mata kasar, diberikan roh, penglihatan, pendengaran, deria rasa serta sentuhan, supaya mencari jalan pulang kepada tuhan dan mengenal PENCIPTA.
Usah persiakan hidup yang indah dan penuh keajaiban ini.

#G1Ummah1439H
#zikirdanbicarabiologi












22 Oktober 2017

Tauhid Millenium (1)

Penciptaan Adam dan Hawa.

Allah ciptakan Adam daripada tanah.
Secara biologinya, jasad Adam terbina daripada trillion sel-sel yang berbagai bentuk dan fungsi.

Di dalam setiap sel ada nukleus yang mempunyai kromosom iaitu pelan cetak untuk menghasilkan keturunan Adam yang seterusnya.

Hawa diciptakan daripada Adam.
Hawa adalah Adam versi wanita.
Untuk memenuhi tugas mengandung, melahirkan dan menyusukan zuriat, kromosom seks Hawa (XX), berbeza sedikit daripada kromosom seks Adam (XY).
Ini dipanggil mutasi gen dalam ilmu Biologi.

Realitinya, Hawa manusia yang ke dua, adalah klon Adam.

#kitabermuladaripadasatusel
#biologitauhidmillenium