19 November 2017

Tauhid Millenium (9)

Mengkaji rahsia alam semesta yang sedikit demi sedikit makin terungkai dengan penciptaan teknologi penerokaan angkasa lepas, akan menambah keimanan dan kekaguman kita kepada ALLAH yg mencipta semua ini.

Semakin ramai saintis yg memeluk Islam hasil kajian mereka yang jujur dan telus.
Mereka kenal ALLAH melalui sains dan teknologi.

ALLAH YG MENCIPTA ADAM, ALLAH YG DISEMBAH OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DIA JUGALAH ALLAH YG SAMA MENTADBIR SELURUH ALAM SEMESTA SEKARANG INI. ALLAH INI JUGALAH YANG AKAN MEMERINTAH DI HARI KIAMAT KELAK.

Hairan dan pelik mengapa orang Islam semakin ramai yang tidak yakin dengan agama sendiri. Mungkin kita jarang mendongak ke atas melihat langit.

فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Surah ar Rahman ayat 37.

#G1Ummah1439H
#zikirdanfikirastronomi


11 November 2017

Tauhid Millenium (8)

Allah Maha Pencipta

Nabi Ibrahim a.h. mencari Allah dgn merenungi Matahari, Bulan, Bintang2 dan mengkaji alam ini daripada kejauhan, dan menemui pencipta semua ini.

Baginda juga pernah meminta Allah s.w.t. menunjukkan bagaimana Allah berupaya menghidupkan sesuatu yg sudah mati untuk memperkasakan lagi iman dan keyakinan baginda.

Kita umat akhir zaman kena bersikap kritis dan praktikal di dalam mencari pencipta universe ini mengikut sunnah nabi Ibrahim "Khalilullah".

Mengenali Allah dgn akal dan pancaindera lebih berkesan daripada mengkhatam kitab tauhid berpuluh kali dan bersyarah ilmu hakikat di dalamnya dgn fasih dan lancar.

Allah menjemput kita "mengenali" siapa tuhan dunia dan akhirat ini dgn terbukanya penerokaan dunia dan angkasa melalui kemajuan sains dan teknologi.

#G1Ummah1439H
#tauhidmillenium
#Allahpenguasacakerawala

















Tauhid Millenium (7)

Marilah bertafakur, mengagumi kehebatan ALLAH yang menciptakan makhluk-NYA yg halus lagi seni...
Justeru, yg seni itu lebih sukar dan hampir mustahil dilakar dan ditukangi...

Maha suci Allah.

Marilah menyungkur sujud, mengakui kehebatan ALLAH yang Maha Pencipta...
Allah yg satu...

#Subhanallah
#back2fitrah













Tauhid Millenium (6)

Melihat kebesaran Allah di bawah mikroskop elektron.
Maaf, foto berikut tidak ada di dalam mana-mana kitab tauhid lama dan baru.

Saksikan yang lain juga. Subhanallah.

http://njarb.com/2012/11/100-amazing-electron-microscope-images/#human

#G1Ummah1439H
#subhanallah


 1. Mikroskop elektron

 2. Sel darah merah di hujung jarum

 3. Sel-sel saraf
  
4. Gegendang telinga
 
5. Sperma-sel pembiakan lelaki

  
6. Cap jari manusia



7. Sengat lebah berbanding jarum. 
 
 

3 November 2017

Tauhid Millenium (5)

Manusia bernafas menggunakan peparu.
Oksigen diserap masuk ke dalam darah di jaringan kapilari darah yang terdapat di alveolus (sac udara).
Karbon oksida pula diserap keluar daripada darah ke dalam alveolus dan dihembus keluar melalui hidung.

Proses pertukaran gas yang berlaku di alveolus ini tersangat efesien kerana luas permukaan semua alveolus ini adalah seluas sebuah gelanggang tenis!!! Subhanallah.

Inilah kasih sayang dan kehebatan Allah.
Memasukkan satu kawasan yang luas di dalam dada dan peparu kita yang tidak sebesar mana supaya kita mudah bernafas sepanjang hidup kita.

Hargailah nikmat tuhan ini dengan bersyukur selalu.
Foto akhir adalah perbandingan peparu yang sihat dengan seorang perokok.

Syukurku......adalah milikMU...

#G1Ummah1439H

#zikirdanfikir








 

Tauhid Millenium (4)

Secara kimianya, jasad lahir kita adalah gabungan unsur-unsur seperti Karbon, Hidrogen, Oksigen, Nitrogen, Fosforus, Ferum, Kalsium, Sulfur, Sodium, Potassium dan unsur kimia yang lain.

Sebagai contohnya, daging kita adalah protein yang terbina daripada gabungan beberapa unsur kimia.

Semua unsur ini bakal kembali ke tanah bila kita mati dan dikitar kembali ke alam semulajadi.

Jadi usahlah terlalu berbangga dengan wajah tampan, jelita dan tubuh yang tegap sasa.
Semua itu akan sirna...

Mantapkanlah ruh kita kerana itu yang kekal dan akan berhadapan dengan tuhan kelak.

#tauhidmillenium
#bicarakimia



Tauhid Millenium (3)

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Abdullah bin Salam, seorang yahudi Madinah sedang bekerja di ladangnya ketika Nabi datang. Kata Abdullah:

"Aku hendak bertanya tiga perkara yang tidak diketahui jawapannya kecuali oleh seorang Nabi"

Diantara soalan-soalan Yahudi tersebut :
1- Apakah tanda pertama datangnya Kiamat?
2- Apakah makanan pertama ahli syurga?
3- Apakah yang menyebabkan bayi di dalam kandungan ibunya menjadi lelaki atau perempuan?

Nabi menjawab, aku diberitahu oleh Malaikat bahawa :
1- Tanda permulaan akan berlaku Kiamat ialah api besar yang akan merangkul manusia dari timur ke barat.

2- Makanan pertama yang diberi kepada ahli syurga ialah hati ikan.

3- Jika air lelaki mengalahkan air perempuan maka akan jadi anak lelaki, dan jika sebaliknya akan jadi anak perempuan.

Penjelasan no 3 daripada konteks biologi.

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki ada dua jenis.
Satu jenis membawa kromosom seks Y (sperma jantan) dan satu lagi membawa kromosom seks X (sperma betina).
Ovum (telur) ibu hanya satu jenis, membawa kromosom seks X sahaja.

Kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki atau perempuan adalah 50:50, bergantung kepada sperma yang akan mempersenyawakan telur ibu.

Jika sperma Y yang berjaya, maka lahirlah baby boy. (kromosom seks XY)
Jika sperma X yang berjaya, maka lahirlah baby girl pula. (kromosom seks XX)

Lihatlah, Allah tidak pernah mendiskriminasi wanita, bahkan diberi peluang yang serupa dengan lelaki untuk hidup, bersaing dan berjaya di dunia serta akhirat...
🤗

Lantaran itu, kita wajib berbuat perkara yang serupa di dunia ini.

#biologitauhidmillenium