31 Mei 2018

Kejayaan Ummah Bermula Daripada Masjid

Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah di usia 50++ utk memulakan era baru zaman kegemilangan ummah. Perkara pertama yang rasul lakukan adalah MENDIRIKAN MARKAS OPERASI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT iaitu masjid. Dua masjid terawal yang dibina adalah Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Pembinaan Masjid Nabawi adalah simbolik kepada penyatuan semua umat Islam di dalam menuju kejayaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Daripada masjid inilah semua aktiviti MEMPERKASAKAN UMMAH dirancang dan dilaksanakan oleh Rasul dan 'think tank' baginda seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Salman Al Farisi, Abdul Rahman bin Auf dan sahabat terdekat nabi.

Di masjid juga lah sistem pendidikan dan tarbiah ummah dirancang dan dilaksanakan. Semua aktiviti di dalam kehidupan ummah pada waktu itu bermula dengan solat Subuh berjemaah di masjid dan barulah mengorak langkah melaksanakan tugas dan tanggung jawab mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.

Mengambil semangat daripada sunnah nabi ini, G1UMMAH sangat yakin bahawa semua rancangan untuk kejayaan ummah hari ini MESTI bermula dan bertitik tolak daripada MASJID. Sebarang perancangan membangunkan dan memajukan ummah yang tidak mengambil kira faktor MEMPERKASAKAN FUNGSI DAN PERANAN MASJID pasti tidak akan membuahkan kejayaan yang besar. 



0 comments:

Catat Ulasan