Matlamat G1U

Salam. 

Gagasan 1 Ummah (G1U) mengajak semua saudara se Islam diseluruh dunia menyatukan hati, akal fikiran dan gerak kerja menuju satu matlamat yang sama iaitu KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT. Jalan pemikiran dan gerak kerja semua umat Islam mesti diperbetulkan dan diselaraskan dahulu sebelum maju ke depan. Cara umat Islam memahami dan menilai sesuatu isu, masalah dan semua perkara semasa mestilah tepat bersumberkan Al quran dan Sunnah rasul. Semua idea terbaik, logik dan praktikal akan dihimpunkan di dalam satu blog yg dinamakan GAGASAN 1UMMAH. GAGASAN 1UMMAH adalah satu tabung idea ALTERNATIF yg berbentuk SOLUSI (Penyelesaian) bagi menyelesaikan masalah umat Islam SEMASA di Malaysia khususnya dan di dunia amnya. Sumber rujukan utama idea dan gerak kerja yg ditawarkan adalah berdasarkan AL QURAN DAN KEHIDUPAN SERTA PERJUANGAN RASUL MUHAMMAD S.A.W.

1 comments:

  1. Salam. Pandangan kita terhadap rasul Muhammad S.A.W. juga perlu diubah bukan sekadar tokoh silam 1400++ tahun lampau yg telah menjadi lipatan sejarah. Baginda WAJIB dijelmakan sebagai sumber rujuk secara maya (virtual) kpd SEMUA permasalahan umat. Peristiwa dan anekdot yg berlaku di dalam 63 tahun hidup baginda setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun mesti dihafaz dan dihadam oleh umat Islam sebagai panduan dan rujukan. Menambah kepada sumber rujukan ini adalah kehidupan 300 tahun umat Islam selepas baginda yg diterajui oleh sahabat agung dan para tabein. Dua era ini adalah ZAMAN MANUSIA YG TERBAEK PERNAH LAHIR DI DUNIA, ZAMAN KEGEMILANGAN SPESIS MANUSIA. Inilah yg patut difahami oleh semua umat Islam apabila mereka melafazkan " dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu RASULULLAH" didalam syahadah mereka.

    BalasPadam