8 Jun 2015

PENYATUAN BANGSA MELAYU (1)

Konsep Bersatu.

Konsep bersatu dalam Islam telah ditetapkan bentuknya. Dalam Al Quran ALLAH berfirman:

Maksudnya: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah."
(Ali Imran : 103)

Tali ALLAH yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam ayat ini ialah Agama ALLAH (Syariat Islam) sebagaimana yang telah digariskan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Rasul dalam Sunnahnya. ALLAH telah memerintahkan kita bersama-sama berpegang teguh dan bersatu kukuh dalam Islam dan Dia melarang kita berpecah-belah. 

Secara terperinci (tafsir) dapat dihuraikan konsep bersatu itu menjadi lima perkara :

1. Bersatu Akidah

Keyakinan dan pegangan kita mesti tepat sebagaimana yang dikehendaki dalam iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, iaitu meyakini keenam rukun Iman dengan sebenarnya. Yakin kepada ALLAH dan semua sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil serta yang jaiz bagi ALLAH. Yakin kepada 10 malaikat sebagaimana yang diceritakan dalam Al Quran. Yakin kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Yakin kepada 25 Rasul yang disebutkan dalam Al Quran. Yakin kepada hari akhirat dan yakin kepada qada' dan qadar (untung baik dan untung jahat) semuanya datang dari ALLAH Taala.

1. Yakin kepada Allah
2. Yakin kepada para Malaikat
3. Yakin kepada Kitab Al Quran
4. Yakin Kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul
5. Yakin kepada hari Akhirat
6. Yakin kepada Qada' dan Qadar 

Inilah kesatuan yang paling asas dan awal untuk menyatukan hati-hati manusia

0 comments:

Catat Ulasan