3 Mei 2019

PERKASA MASJID (1UC)

Secara umum masjid dewasa ini menjadi pusat peribadatan khusus umat Islam seperti solat dan pengajian agama. Peranan ini boleh ditingkatkan lagi tanpa mengubah sedikit pun fungsi masjid yang sedia ada.

Pusat Satu Ummah, 1Ummah Centre (1UC) adalah pusat untuk umat Islam mendapat inspirasi dan motivasi menjalankan aktiviti kehidupan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Masjid perlu menjadi tempat yang mesra umat dan menjadi penjana kepada pembangunan rohani, mental dan fizikal umat setempat. Inilah matlamat G1Ummah di dalam memperkasakan fungsi dan aktiviti masjid seluruh dunia.

Secara umumnya masjid boleh menjadi pencetus idea dan pemangkin untuk umat islam memperkasakan hubungan dengan ALLAH ( HABLUMMINALLAH) dan hubungan sesama manusia ( HABLUMMINANNAS). 1UC akan menjadi pusat utk memperkasakan:

1. Akidah
2. Ibadah    
3. Ukhwah
4. Tarbiah
5. Dakwah
6. Tijarah ( Ekonomi)
7. Kesenian & Kebudayaan
8. Riadah
9. Siasah (Politik)
10. Perhubungan Antarabangsa.

Semua idea ini boleh disesuaikan dengan keadaan tempat dan suasana persekitaran semasa.
Sebagai contoh untukmemperkasakan ekonomi umat islam, persekitaran masjid perlu ada hub ekonomi Islamik.

Untuk memperkasakan kesenian dan kebudayaan, perlu ada pentas terbuka @ dewan komuniti utk aktiviti hiburan spt nasyid, perkahwinan beramai2, jamuan rakyat, maulid perdana, khatan perdana dsbnya. Untuk beriadah perlu ada padang sukan kawat dan trek utk berjogging, senamrobik, futsal, paintball, sukan air, memanah, berkuda dsbnya.

Inilah yg ada di dalam perancangan GIU. Utk memudahkan umat Islam memahami idea dan inspirasi ini, G1U sertakan di sini satu contoh lakaran PUSAT G1UMMAH (1UC)  yg kami cadangkan.


0 comments:

Catat Ulasan