20 November 2022

TAUHID MILENIUM

Imej terbaru dari James Webb Space Telescope iaitu bintang proto yang baru berusia 100,000 tahun. Bintang proto ini belum lagi melalui proses pelakuran nuklear. Ia sedang mengumpul jisim daripada gas-gas angkasa di sekelilingnya untuk menjadi bintang yang sempurna. Secara purata, fasa bintang proto mengambil tempoh 500,000 tahun sebelum menjadi bintang sepenuhnya.


Kredit kepada; fb Zamir Mohyedin


6 Ogos 2022

Tinta Rasa

 Ya Rabb...

Izinkan hamba-Mu terus terbang...

Membelah awan, mencorak langit...

Meskipun senja semakin berlabuh...

Rakan saing sudah berteduh...

Hamba-Mu ini masih bertangguh...

Lembah berlepas sudah tersurat...

Masih mencari puncak mendarat...



Ekonomi Islam

Pembangunan fizikal berteraskan harta zakat, wakaf dan sedekah adalah alternatif terbaik bagi umat Islam membangunkan ekosistem ekonomi mereka menggantikan sistem konvensional yang berteraskan riba.

Perhiasan dunia yang halal dan berkat menjanjikan keredaan ALLAH dan ganjaran pahala yang kekal berterusan.





Perkasa Remaja dan Belia

"Perkasa Remaja dan Belia

"Young people are the solution for tomorrow, and they are the solutions for all the worries". Jack Ma...

Termasuk di dalam "membantu" golongan remaja dan belia adalah memperkasakan AKIDAH, IBADAH & AKHLAK mereka.

Keperluan fizikal kehidupan dunia seperti jaminan pekerjaan dan berekonomi, kehidupan berkeluarga dan sosial mereka juga mesti diperkasa bagi menyempurnakan bantuan yang patut diberikan. 

Bangkitlah para pencinta kebenaran, berjuang memperkasa para pemuda untuk merubah dunia, demi keselamatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat kelak.