21 Disember 2021

Perkasa Masjid 1UC 2021

Alhamdulillah segala puji untuk Allah...

2013 cetusan idea...🐜

https://gagasan1ummah.blogspot.com/2013/06/memperkasakan-masjid-pusat-1ummah-1uc_18.html

2021 sudah nampak ada sinar di hujung terowong...🤲🐜📿

Saya bersyukur kerana hasrat dan cita-cita saya dari tahun 2013 untuk melihat masjid-masjid menjadi "one stop centre" dan pusat aktiviti dunia serta akhirat akhirnya hampir terlaksana...

Semoga Allah memberkati perjuangan anak muda ini dan membantu beliau dan team beliau sehingga berjaya...🤲Aamiin...

Abu Aqil @ Une Ummah @ G1U

…….................................……...............….….

Alhamdulillah. Tak sangka kurang 2 tahun selepas menceburi bidang digital, Allah menganugerahkan kejayaan ini

Menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong atas perkenan baginda mencemar duli merasmikan aplikasi MyKariah di Dewan Yayasan Pahang semalam.

Aplikasi ini dibangunkan oleh kami di MyQaryah Digital Sdn Bhd hasil inisiatif Yayasan Pahang dan kolaborasi bersama Yayasan Al Sultan Abdullah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Jabatan Agama Islam Pahang.

InshaAllah MyKariah akan menjadi wadah mewujudkan masjid sebagai one stop centre untuk kariah negeri ini dengan Kuantan akan menjadi projek perintis hasil titah Tuanku.

Jika tuan-tuan masih ingat, antara masalah paling besar yang dialami ketika wabak Covid 19 adalah golongan M40 yang kehilangan pekerjaan dan jatuh kepada B40 secara mengejut. Namun golongan ini masih tidak mendapat bantuan dan terlepas insentif kerajaan kerana data masih menunjukkan mereka berada dalam golongan M40

MyKariah dibangunkan antaranya bagi menyelesaikan masalah ini dengan mewujudkan teknologi pemusatan data secara real-time selain pembangunan komuniti kariah secara bersepadu.

Daulat Tuanku

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Pengarah

MyQaryah Digital Sdn Bhd

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5096814480368534&id=100001200986490