10 Ogos 2021

Tauhid Millenium (25)

Tauhid Millenium

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:  “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (Surah an-Nahl, ayat 68)

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:  “Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat, yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pada  yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah an-Nahl, ayat 69)

Meskipun dijadikan Allah SWT sebagai makhluk yang kecil, namun semangat bekerja lebah cukup hebat. Sebanyak lebih kurang dua juta kuntum bunga perlu dicari oleh lebah bagi menghasilkan satu paun madu.

Kita tidak dapat membayangkan bagaimana kesungguhan lebah yang boleh melakukan tugas ini.

Setiap sesuatu yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran adalah petunjuk kepada manusia untuk menjadikannya sebagai panduan.  Oleh kerana itu, kita digalakkan sentiasa membaca dan mentadabur isi kandungan al-Quran kerana di dalamnya terdapat seribu satu panduan untuk kita belajar melayari kehidupan di dunia ini...

#biologi
#tauhidmillenium