24 Mei 2016

Memperkasa Ekonomi Ummah



Sembang Ekonomi Islam

Jika tanya saya teori ekonomi Islam yang realistik untuk umat Islam di negara kita sekarang ini, senang sahaja tidak berbelit-belit. Tak payah dapat PhD untuk faham.

Umat Islam hanya perlu usahakan setiap sen wang yang kita belanjakan berpunca daripada pendapatan yang halal itu berputar dan sentiasa berpusing di dalam kitaran kita sahaja 100%.

Ringkasnya setiap kali anda berbelanja, serahkan wang anda kepada saudara kita yang ada berniaga keperluan anda itu. Mereka yg berniaga juga pastikan dapat bekalan daripada saudara seIslam juga. Akhirnya duit yang anda belanjakan di peringkat pertama tadi akan masuk ke bank umat Islam dan dilaburkan kepada projek dan ekuiti yang diusahakan oleh umat Islam juga.
Kitaran ini berlaku sehingga hari kiamat. Simple dan logikkan? Pembeli, penjual, pengedar, pembekal dan pelabur ORANG ISLAM.

Teori dan kaedah di atas yg idealnya. Dalam perlaksanaan mungkin ada ubahsuai. Namun cara ini telah membantu bangsa yahudi dan cina membina empayar ekonomi mereka selama ini. Mereka sentiasa pastikan wang mereka masuk ke dalam poket bangsa sendiri. Full stop.

Umat Islam kena ada sifat cemburu, bersaing dan FANATIK (CHAUVINIST, KIASU) kepada AGAMA, bukan kepada BANGSA di dalam memperkasakan ekonomi.
Baru boleh berjaya.

Kepada saudara saya yang membuka mini market dan menjual ikan di pasar, soalan saya; bila kali terakhir orang bangsa asing membeli di premis anda?

Dakwah Millenium

Catatan lama.

Membuka "booth" pameran tentang keindahan Islam dan mengedarkan risalah yg kreatif tentang Islam di tempat2 seperti ini boleh dikategorikan sebagai dakwah millenium pada pandangan saya.

Penubuhan khidmat nasihat dalam talian seperti "befrienders" khusus untuk remaja dan belia Islam juga mesti disegerakan.

99% pendakwah di Malaysia berdakwah kepada mereka yang sudah baik atau sedang berusaha menjadi orang baik.
Sasaran utama dakwah masih terus hidup dalam kejahilan dan kefasikan mereka di luar sana.

Susah nak lihat sekarang ini "hero2" dan "pejuang2" agama yang mencemar duli, turun padang bergelumang sendiri dgn remaja dan belia kita yg semakin hanyut dan rosak.
Mungkin mereka patut lihat sendiri kegilaan anak muda Melayu dalam konsert2 "underground" yg banyak bercambah skrg ini.

Ramai kita lebih selesa berjihad di dalam internet dan premis berhawa dingin, termasuklah yg sedang menaip ini.

Apa2 pun saya sudah menasihati.

P/s: Saya pernah masuk ke tempat dangdut di Ipoh dalam missi dakwah masa muda dulu. Mereka anto "bouncer" layan kami yg berjubah dan berserban. Saya order coke dan kacang jer, borak2 kosong dan belah.
Ambil "feel" dakwah As Syahid Hassan Al Banna di kelab malam.

Foto hiasan; di Malaysia.