24 Mei 2016

Memperkasa Ekonomi Ummah



Sembang Ekonomi Islam

Jika tanya saya teori ekonomi Islam yang realistik untuk umat Islam di negara kita sekarang ini, senang sahaja tidak berbelit-belit. Tak payah dapat PhD untuk faham.

Umat Islam hanya perlu usahakan setiap sen wang yang kita belanjakan berpunca daripada pendapatan yang halal itu berputar dan sentiasa berpusing di dalam kitaran kita sahaja 100%.

Ringkasnya setiap kali anda berbelanja, serahkan wang anda kepada saudara kita yang ada berniaga keperluan anda itu. Mereka yg berniaga juga pastikan dapat bekalan daripada saudara seIslam juga. Akhirnya duit yang anda belanjakan di peringkat pertama tadi akan masuk ke bank umat Islam dan dilaburkan kepada projek dan ekuiti yang diusahakan oleh umat Islam juga.
Kitaran ini berlaku sehingga hari kiamat. Simple dan logikkan? Pembeli, penjual, pengedar, pembekal dan pelabur ORANG ISLAM.

Teori dan kaedah di atas yg idealnya. Dalam perlaksanaan mungkin ada ubahsuai. Namun cara ini telah membantu bangsa yahudi dan cina membina empayar ekonomi mereka selama ini. Mereka sentiasa pastikan wang mereka masuk ke dalam poket bangsa sendiri. Full stop.

Umat Islam kena ada sifat cemburu, bersaing dan FANATIK (CHAUVINIST, KIASU) kepada AGAMA, bukan kepada BANGSA di dalam memperkasakan ekonomi.
Baru boleh berjaya.

Kepada saudara saya yang membuka mini market dan menjual ikan di pasar, soalan saya; bila kali terakhir orang bangsa asing membeli di premis anda?

Dakwah Millenium

Catatan lama.

Membuka "booth" pameran tentang keindahan Islam dan mengedarkan risalah yg kreatif tentang Islam di tempat2 seperti ini boleh dikategorikan sebagai dakwah millenium pada pandangan saya.
 
Penubuhan khidmat nasihat dalam talian seperti "befrienders" khusus untuk remaja dan belia Islam juga mesti disegerakan.

99% pendakwah di Malaysia berdakwah kepada mereka yang sudah baik atau sedang berusaha menjadi orang baik.
Sasaran utama dakwah masih terus hidup dalam kejahilan dan kefasikan mereka di luar sana.

Susah nak lihat sekarang ini "hero2" dan "pejuang2" agama yang mencemar duli, turun padang bergelumang sendiri dgn remaja dan belia kita yg semakin hanyut dan rosak.
Mungkin mereka patut lihat sendiri kegilaan anak muda Melayu dalam konsert2 "underground" yg banyak bercambah skrg ini.

Ramai kita lebih selesa berjihad di dalam internet dan premis berhawa dingin, termasuklah yg sedang menaip ini.

Apa2 pun saya sudah menasihati.

P/s: Saya pernah masuk ke tempat dangdut di Ipoh dalam missi dakwah masa muda dulu. Mereka anto "bouncer" layan kami yg berjubah dan berserban. Saya order coke dan kacang jer, borak2 kosong dan belah.
Ambil "feel" dakwah As Syahid Hassan Al Banna di kelab malam.

Foto hiasan; di Malaysia.

Tauhid Millenium (4)

بسم الله الرحمن الرحيم

Marilah bertafakur, mengkagumi kehebatan Allah pada kejadian-NYA yg halus dan seni.

Justeru, yg seni itu lebih sukar dan hampir mustahil dilakar & ditukangi.

Maha suci Allah.

Marilah menyungkur sujud, mengakui kehebatan penciptaan tuhan sekalian alam, Allah yg satu.











Tauhid Millenium (3)

Rajin membaca dan mengkaji, kemudian belajar berfikir dengan rasional dan realistik, akan membantu kita lebih memahami hakikat kehidupan dunia yg sedang kita lalui ini.

Mengkaji rahsia alam semesta yang sedikit demi sedikit makin terungkai dengan penciptaan teknologi penerokaan angkasa lepas, akan menambah keimanan dan kekaguman kita kpd ALLAH yg mencipta semua ini.

Semakin ramai saintis yg memeluk Islam hasil kajian mereka yg jujur dan telus. Mereka kenal ALLAH melalui sains & teknologi.
ALLAH YG MENCIPTA ADAM, ALLAH YG DISEMBAH OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W & DIA JUGALAH ALLAH YG SAMA MENTADBIR SELURUH ALAM SEMESTA SKRG INI. ALLAH INI JUGALAH YG AKAN MEMERINTAH DI HARI KIAMAT KELAK.

Hairan dan pelik mengapa orang Islam semakin ramai yang tidak yakin dgn agama sendiri. Mungkin kita banyak.membaca dan menghabiskan masa dgn cerita hiburan, kisah cinta sengal, kisah tahyul dan resepi masakan.
Kita jarang mendongak ke atas melihat langit.

فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Surah ar Rahman ayat 37.


Tauhid Millenium (2)

Melihat kebesaran Allah di bawah mikroskop elektron.
Maaf, foto berikut tidak ada dalam mana2 kitab tauhid lama dan baru.

1. Mikroskop elektron
2. Sel darah merah di hujung jarum.
3. Sel-sel saraf
4. Gegendang telinga
5. Sperma-sel pembiakan lelaki
6. Cap jari manusia
7. Sengat lebah berbanding jarum.

Saksikan yg lain juga. Subhanallah.
http://njarb.com/2012/11/100-amazing-electron-microscope-images/#human
1.
 2,
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.

Tauhid Millenium (1)


 Allah Maha Pencipta

Nabi Ibrahim a.h. mencari Allah dgn merenungi Matahari, Bulan, Bintang2 dan mengkaji alam ini daripada kejauhan, dan menemui pencipta semua ini.

Baginda juga pernah meminta Allah s.w.t. menunjukkan bagaimana Allah berupaya menghidupkan sesuatu yg sudah mati untuk mentahkikkan lagi iman dan keyakinan baginda.

Kita umat akhir zaman kena bersikap kritis dan praktikal di dalam mencari pencipta universe ini mengikut sunnah nabi Ibrahim "Khalilullah".
Mengenali Allah dgn akal dan pancaindera lebih drpd mengkhatam kitab tauhid sepuluh kali dan bersyarah ilmu hakikat di dalamnya dgn fasih dan lancar.

Allah menjemput kita "mengenali" siapa tuhan dunia dan akhirat ini dgn terbukanya penerokaan dunia dan angkasa melalui kemajuan sains dan teknologi.